Skip to main content

Bola Sepak

Perak waspada ancaman Amri, Andik

shahrom-kalam.jpg
Kapten Perak, Shahrom Kalam, dan pengendali pasukan itu, Mehmet Durakovic, berwaspada dengan kekuatan terkini Selangor menjelang aksi Liga Super di Ipoh, esok.

Selepas 14 perlawanan, Perak kini di tangga keempat liga dengan 21 mata, hanya tiga mata di belakang pasukan tangga kedua, Pahang, yang terikat 24 mata dengan Kedah di tempat ketiga.

Kerana itu, Shahrom mengakui tiga mata ke atas Selangor amat penting bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam liga.

Namun, Shahrom sedar bekas pasukannya itu kini berbeza dengan pasukan yang ditewaskan Perak 1-0 di Selayang dalam pusingan pertama liga dengan kembalinya penyerang kebangsaan, Amri Yahyah.

"Saya rasa setiap serangan bermula dengan Amri. Dia merupakan pemain yang sukar untuk dijangka gerakannya.

"Bagaimanapun, kami perlu mengukuhkan barisan pertahanan dan disiplin bagi menghadapi mereka," kata Shahrom.

Durakovic turut senada dengan Shahrom mengenai kemampuan Selangor pada ketika ini.

Selain Amri, Durakovic turut menyifatkan Andik Vermansyah sebagai pemain yang perlu dirantai Perak.

"Selangor memiliki pemain yang bagus seperti Andik dan Amri. Bukan mudah untuk berdepan mereka tetapi saya menjangkakan perlawanan yang sengit," ujar Durakovic.
 

Advertisement

Must Watch Video