Skip to main content

Bola Sepak

Perak tanpa Hafiz, Nasir berdepan PKNS

mehmet-durakovic_1.jpg
Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, belum dapat memastikan kelibat dua tonggaknya, Nasir Basharuddin dan Hafiz Kamal, ekoran kecederaan yang dialami ketika melakar kemenangan 3-2 ke atas Kedah dalam aksi Liga Super, kelmarin.

Bakal menempuh 12 perlawanan dalam tempoh 40 hari, Durakovic mengakui ini merupakan tempoh sukar bagi anak buahnya untuk terus mengekalkan tahap konsisten dengan kecergasan seperti awal musim.

Durakovic tidak mahu mengambil risiko besar dengan menurunkan kedua-dua pemain ini seandainya mereka tidak cergas sepenuhnya menjelang pertemuan dengan PKNS dalam aksi Piala Malaysia, malam esok.

"Hafiz sedikit cedera sementara Nasir mengalami kecederaan dan demam. Kami akan menilai keadaan mereka hari ini dan eosk," katanya.

Sementara itu, hujan menyukarkan hasrat Durakovic untuk menerapkan sesi latihan taktikal ke atas anak buahnya.

Pengendali berusia 51 tahun itu berkata biarpun di atas kertas kedudukan Perak jauh lebih baik daripada skuad E. Elavarasan itu, dia enggan memandang rendah kemampuan yang mampu dijelmakan jentera serangan PKNS, terutama membabitkan penyerang import, Patrick Ronaldinho.

"Kita tidak boleh berlatih, jadi latihan kami tertumpu ke arah proses pemulihan. Tetapi ia bukan satu masalah kerana kami dapat melakukannya esok.

"PKNS merupakan pasukan yang bagus meskipun berada dalam kelompok bawahan liga. Mereka memiliki pemain yang berkualiti," tambah Durakovic.

Advertisement

Must Watch Video