Penyerang Perak, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, menyifatkan dirinya masih memerlukan sedikit masa untuk lebih serasi dalam pasukan menjelang aksi kedua Liga Super berdepan Pulau Pinang, malam ini.
Masih terlalu awal untuk bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II itu berpuas hati dengan aksinya sewaktu perlawanan pertama berdepan Pahang yang menyaksikan keputusan seri 1-1.
Bagaimanapun, dia percaya ramuan tersendiri jurulatih The Boss Gaurus, Karl Heinz Weigang, dalam membentuk skuad yang berkualiti antara pemain muda dan senior.
Untuk itu, dalam aksi kedua liga hari ini, Zaquan mengharapkan tangunggjawab daripada semua pemain yang berada dalam kesebelasan utama dapat dilaksanakan sebaiknya untuk meraih tiga mata.
"Masih banyak perlawanan lagi untuk diharungi dan ini baru menjengah perlawanan kedua.
"Terpulang kepada pemain sendiri kerana kami ada ramuan tersendiri memandangkan pasukan ini terdiri daripada pemain muda dan berpengalaman.
"Pemain berpengalaman perlu mencurah segala pengalaman mereka untuk mencorakkan permainan pasukan," katanya.
Bagi Zaquan, bermain di gelanggang lawan, khususnya di hadapan penyokong Pulau Pinang, adalah satu tugas berat memandangkan skuad lawan semestinya enggan tewas buat kali kedua sebagaimana aksi pertama mereka ketika berdepan Selangor.
"Kami tidak boleh memandang rendah terhadap mana-mana pasukan.
"Walaupun perlu untuk menghormati lawan, kami tidak boleh terlampau menghormati mereka kerana dibimbangi akan membuatkan pemain takut atau tidak boleh memberi saingan."