Antara risiko yang berkemungkinan dihadapi mereka adalah penggantungan beberapa perlawanan atau tidak dibenarkan untuk beraksi dalam Liga Malaysia musim 2023.
Sehingga ke saat ini, Perak FC masih lagi milik sepenuhnya Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dan apa yang lebih merisaukan Azman adalah masih tiada usaha daripada persatuan berkenaan untuk mencari pihak yang mampu memegang sekurang-kurangnya 50 peratus pemilikan kelab itu bagi musim 2022.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, dia berkata: "Musim depan masih boleh (bersaing lagi). Syaratnya adalah 50 peratus pemilikan, jadi pada saya, kami masih boleh meneruskannya.
"Tetapi pada 2023, syaratnya adalah 100 peratus bukan milik PAFA, jadi agak sukar untuk saya menjangkakannya.
"Kemungkinan besar pada ketika itu kami tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan Liga Super kerana tidak memenuhi syaratnya.
"Saya yakin ini adalah risiko terbesar yang akan Perak FC hadapi pada 2023," katanya.
Sebagai rekod, badan penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan tempoh sehingga 2023 untuk melihat setiap kelab tidak lagi terikat dengan persatuan bola sepak negeri sebagai syarat pelesenan kelab dan penswastaan penuh.
Pengurus Besar @peraktbgmy , Azman Noh berkongsi dengan @fnasrom tentang risiko yang mungkin Perak FC akan hadapi pada aksi musim depan dan 2023.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 4, 2021
Saksikan Nadi Arena 7.30 malam ini untuk ketahui perkongsian yang lebih lanjut. #PerakFC pic.twitter.com/yyLoeiioxg