Pemain pertahanan Perak, Thiago Junio Aquino, memohon penyokong setia The Bos Gaurus bersabar kerana pasukan itu masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian selepas kehadiran ramai muka baru musim ini.
Aksi Perak boleh dilihat masih belum berada di tahap kemuncak apabila sekadar seri 1-1 dengan Pahang dalam perlawanan pertama Liga Super, Sabtu lalu.
Menurut Thiago, dia menjangkakan Perak yang menerima kehadiran kira-kira 15 pemain baru mampu memperagakan aksi sebenar selepas beberapa perlawanan.
"Kami masih lagi tidak cergas. Kami memerlukan lebih lagi kecergasan fizikal untuk perlawanan akan datang.
"Saya berharap ketika menentang Pulau Pinang dalam perlawanan seterusnya, kami dapat meraih tiga mata," katanya.
Mengenai sasaran musim ini, Thiago jelas bersemangat tinggi mahu melihat Perak mampu berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super.
Memasuki tahun ketiga bersama Perak, dia melihat ini detik terbaik buat The Bos Gaurus untuk melakar sejarah dalam saingan Liga Malaysia.
"Ia (tiga pasukan terbaik) adalah sasaran kami tetapi dalam bola sepak semuanya tidak mustahil.
"Saya berharap dalam perlawanan kedua nanti, kami dapat meningkatkan prestasi dan mengekalkan sasaran dalam kelompok tiga terbaik," tambahnya.
Perak akan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Jumaat ini.