Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong berhak beri tepukan kepada Ronaldo

cristianoronaldo_1.jpg
Massimiliano Allegri berkata penyokong Juventus berhak memberikan tepukan kepada bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, hasil jaringan cantiknya dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Ronaldo meraih tepukan gemuruh selepas meledak gol kedua ketika membantu Real menang 3-0 ke atas Juve di Turin.

Pemenangn Ballon d'Or lima kali itu hanya perlukan tiga minit untuk membuka jaringan sebelum sepakan gunting pada babak kedua perlawanan membuatkan penjaga gol, Gianluigi Buffon, terpaku.

"Dia adalah penyerang terbaik dunia sejak beberapa musim yang lalu. Ketajaman Ronaldo di depan gol amat menakjubkan.

"Penyokong memberikan tepukan gemuruh kepadanya. Bola sepak adalah satu pertunjukan dan apabila saat begini hadir, tidak salah untuk memberikan penghormatan walaupun ia dilakukan oleh pasukan lawan.

"Dua pasukan terbaik adalah Real Madrid dan Barcelona kerana salah satu memiliki Ronaldo dan satu lagi memiliki Lionel Messi. Kelebihan yang sangat besar," tambahnya.

Ronaldo turut melakukan umpanan kepada Marcelo untuk menyempurnakan kemenangan manakala Juve terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Paulo Dybala dilayangkan kad merah.

Ia merupakan kekalahan pertama gergasi Serie A itu dalam semua kejohanan sejak November lalu dan kali pertama kepada Real dalam saingan Eropah sejak 1962.
 

Advertisement

Must Watch Video