Skip to main content

Bola Sepak

Penyelamat Barca belum pulih sepenuhnya

lionelmessi_3.jpg
Ernesto Valverde berkata Lionel Messi menyelamatkan Barcelona daripada kekalahan kepada Sevilla di sebalik masih bergelut dengan kecederaan hamstring.

Rentetan aksi tanpa kalah The Catalans dalam saingan LaLiga musim ini dilihat bakal berakhir di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan hingga Luis Suarez dan Messi menjaringkan gol pada minit ke-88 dan 89 untuk seri 2-2.

Messi hadir sebagai pemain gantian pada minit ke-58, setelah terlepas dua aksi persahabatan antarabangsa bersama Argentina.

Valverde mahu memastikan pemain berusa 30 tahun itu terlibat dalam aksi berdepan Sevilla tetapi beliau mengakui Messi masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaannya.

"Saya telah merancang untuk membawa Messi tetapi kecederaan menyaksikan dia di bangku simpanan.

"Saya berharap dia pulih sebelum berdepan Roma dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL)," katanya.

Sevilla mendahului perlawanan 2-0 menerusi jaringan Franco Vazquez dan Luis Muriel sebelum Barca bangkit di penghujung permainan.

Barca kini mendahului LaLiga dengan kelebihan 12 mata ke atas Atletico Madrid dan memiliki kelebihan satu perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video