Jose Mourinho membalas kritikan terhadap corak permainan Manchester United dalam aksi perlawanan akhir Liga Europa awal pagi tadi dengan menggariskan, "penyair tidak menang banyak gelaran."
United mengalahkan Ajax 2-0 di Stockholm untuk memenangi trofi berkenaan serta layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, musim depan.
Ketua pasukan Ajax, Davy Klaassen, mendakwa United hanya menunggu untuk bermain hantaran jauh dan berkampung di kawasan sendiri untuk menghalang serangan kelab Belanda itu manakala mendahului menerusi Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan.
Bukan kali pertama Mourinho dikritik kerana mengetengahkan pendekatan itu dalam kempen Eropah musim ini, dengan penyerang Celta Vigo, Iago Aspas, mendakwa lebih menyerlah selepas disingkirkan 2-1 secara agregat.
Bagaimanapun, pengurus United itu menegaskan taktik mereka sekali lagi membuahkan hasil untuk menjulang trofi.
"Kami sentiasa yakin untuk memenangi Liga Europa dan kami begitu gembira," ujar Mourinho kepada BT Sport.
"Kami bermain dengan bijak, kami melakukannya dengan selesa. Kami lebih kuat berbanding mereka.
"Kalau anda mahu memberi tekanan sepanjang masa, anda tidak boleh bermain hantaran pendek. Kalau anda lebih dominan di udara, teruskanlah. Wujud ramai penyair dalam bola sepak tetapi penyair tidak memenangi banyak gelaran.
"Kami sedar kelebihan yang dimiliki mereka, kami juga tahu aspek kelebihan kami ke atas mereka. Kami cuba membunuh kualiti mereka dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan mereka. Kami melakukannya dengan baik sejak awal permainan dan kami berhak dengan trofi ini."
Dalam masa sama, Mourinho mengakui karier kejurulatihannya benar-benar teruji, dengan Red Devils meraih kejayaan dalam Piala Perisai Komuniti, Piala Liga Inggeris (EFL) dan Liga Europa, tetapi gagal memenuhi jangkaan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).