Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, melihat penswastaan kelab Liga Malaysia daripada FA kepada FC sebagai satu kegagalan.
Ini disebabkan masalah kewangan yang terus menjadi barah dalam perkembangan bola sepak tempatan ketika ini.
Akibatnya, saingan Liga Super musim 2025-26 mungkin akan kehilangan pasukan gergasi seperti Kedah Darul Aman, Perak, Kelantan Darul Naim dan Sri Pahang.
Tiada persefahaman di antara kelab dan persatuan negeri memburukkan lagi keadaan itu, seperti apa yang berlaku kepada Perak FC ketika ini.
Yusof berpendapat kelab persendirian masih belum mampu untuk menggerakkan pasukan dan hanya campur tangan kerajaan negeri mampu menyelamatkan keadaan ketika ini.
"Kalau melihat kepada apa yang berlaku sekarang ini, saya boleh anggap ia adalah kegagalan lah," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom
"Maksudnya, pada awalnya kami berasakan dengannya (penswastaan kelab), kita akan dapat melonjakkan lagi bola sepak kita. Pasukan akan dijalankan secara profesional sepenuhnya kerana sebelum ini pasukan masih terikat dengan persatuan.
"Tetapi dalam konteks Malaysia, rupanya tidak boleh. Belum boleh berlaku.
"Apabila FC dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat yang tiada hubungan dengan persatuan, kebanyakan pasukan yang tidak mampu ini saya lihat mereka tiada langsung hubungan dengan Kerajaan Negeri," katanya.