Skip to main content

Bola Sepak

Penolakan Arsenal jadi pemangkin semangat Kane

6218harry-kane.jpg
Harry Kane percaya penolakan Arsenal merupakan kunci kejayaannya bersama Tottenham selepas penyerang itu merekodkan gol yang ke-100 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kane telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Spurs selepas meraih tiga angka dengan sepakan penalti ketika seri 2-2 dengan Liverpool kelmarin.

Penyokong Tottenham meraikan nama Kane sebagai salah seorang produk akademi walaupun pemain kebangsaan England itu pernah bersama Arsenal.

Menjelang pertemuan dengan Arsenal di Wembley, Kane menyifatkan langkah dilepaskan daripada Arsenal merupakan motivasinya untuk cemerlang bersama pasukan lain.

"Selepas Arsenal, saya kembali dan bermain dengan pasukan asal saya sebelum Watford menawarkan saya untuk melakukan ujian," kata Kane.

"Menariknya, selepas bermain untuk Watford berdepan Tottenham, saya berpeluang untuk menyertai akademi Tottenham.

"Ia mungkin dilihat sebagai satu perkara yang remeh -- Arsenal melepaskan saya ketika berusia lapan tahun. Tetapi setiap kali saya berdepan mereka, saya mahu membuktikan kepada mereka siapa betul dan siapa salah.

"Jika dilihat semula, ia merupakan perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya kerana ia telah memberikan saya semangat untuk cemerlang," katanya.

Kane telah berkembang menjadi penyerang paling berbisa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan meraih Anugerah Kasut Emas buat dua musim berturut-turut dan mendahului saingan musim ini dengan 22 gol, diikuti oleh Mohamed Salah dengan 21 gol.

Tetapi pemain berusia 24 tahun itu telah bersaing untuk mendapatkan tempat bersama Spurs selepas dipinjamkan ke kelab lain seperti Millwall, Leyton Orient dan Leicester City.

"Ketika saya dipinjamkan oleh Tottenham selama dua tahun, ia merupakan saat ketika saya mempersoalkan diri saya bahawa mampu ataupun tidak saya menjaringkan gol dalam saingan EPL.

"Ketika bersama Leicester City, saya langsung tidak berpeluang untuk beraksi.

"Pada musim berikutnya, saya kembali ke Tottenham dan bertemu dengan pengurus, Andre Villas-Boas.

"Beliau mahu meminjamkan saya lagi dan terdapat beberapa kelab berminat mendapatkan khidmat saya tetapi ia bukan impian saya. Impian saya bukan beraksi dalam EPL tetapi bermain dalam saingan EPL bersama Spurs," ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video