Oliver Bierhoff melihat pihak pengurusan pasukan Jerman sebagai "sebahagian daripada masalah" ketika beliau mengakui turut bertanggungjawab bersama ketua jurulatih, Joachim Low, di atas penyingkiran daripada Piala Dunia.
Jerman tersingkir daripada peringkat kumpulan Piala Dunia buat kali pertama sejak 80 tahun lalu, dengan Low, bagaimanapun, kekal memberikan komitmen kepada pasukan dan Bierhoff memberikan sokongan kepada pengendali berusia 58 tahun itu untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan.
Untuk melakukannya, Bierhoff menyatakan bahawa beliau dan Low perlu menilai semula kempen yang mengecewakan di Russia dan mencari kelemahan pasukan untuk diperbaiki.
"Kami juga sebahagian daripada masalah dan kami perlu menilai semula kekecewaan ini," katanya.
"Kami bertanggungjawab menerima kritikan dan cuba meyakinkan semula pasukan bahawa mereka mampu melakukannya," ujarnya.
Bierhoff mendedahkan perbincangan di antara beliau dan Low adalah untuk berdepan kritikan media terhadap Jerman.
Bekas penyerang AC Milan itu, yang menjaringkan 37 gol dalam 70 penampilan buat skuad kebangsaannya, dilantik menjadi pengurus pasukan sejak 2004 ketika Jurgen Klinsmann mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih dan beliau adalah sebahagian daripada staf Low ketika bergelar juara dunia pada 2014.
"Penting bagi saya untuk membincangkan perkara ini dan melihat hala tuju pasukan.
"Kami memiliki tenaga untuk menangani isu ini," katanya lagi.