Skip to main content

Bola Sepak

Pengiran Bala turunkan pemain muda layan Terengganu

fb_img_1500373542011.jpg
Gara-gara kedudukan yang semakin terhimpit dalam Piala Malaysia, pemangku ketua jurulatih Sarawak, Pengiran Bala membuat keputusan drastik dengan merehatkan kebanyakan pemain utamanya dalam aksi malam ini.

Sarawak, sebaliknya, akan melayan Terengganu dengan menurunkan barisan muda, termasuk Rodney Calvin, Mohd Hafiz Abu Bakar, malah Daglish Papin, selain Shahrol Saperi dan Hairol Mokhtar.

Difahamkan, percaturan ini dibuat bagi memberi rehat secukupnya kepada pemain utama berikutan jadual perlawanan yang begitu ketat.

Dengan strategi terbaharu ini, bayangan Mateo Roskam, Demerson Bruno Costa, Milos Raickovic, malah Ronny Harun, tidak akan diturunkan.

Sebaliknya, pemain diarahkan untuk memfokuskan tumpuan kepada aksi menentang PKNS pada Sabtu ini, untuk membolehkan Sarawak keluar daripada kelompok berisiko.

"Tidak bermakna kita memandang rendah aksi Piala Malaysia. Sebaliknya, ia ruang untuk kita memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda beraksi menentang pasukan yang agak mencabar.

"Malah, pemain muda seperti Tommy Mawat Bada, Nur Shahmie Iszuan dan Abdul Rahim Abdul Razak bersinar kerana peluang yang kita berikan," tambahnya.

Kata Pengiran Bala, yang juga merupakan antara anggota pasukan asal 'Ngap Sayot', beliau akan meneruskan usaha David Usop menggilap pemain muda dan  berharap dengan peluang yang diberikan, pemain berkenaan akan membuktikan sesuatu.

"Tidak ada tekanan. Cuma yang perlu dipertajam adalah taktikal.

"Dan kami akan menilai setiap perlawanan dan merancang tindakan yang diperlukan.

"Yang penting, kami mahu mereka berusaha gigih dan berusaha menamatkan badi Stadium Negeri," jelasnya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video