Skip to main content

Bola Sepak

Pengarah sukan tinggalkan Monaco

as-monaco-070717.jpg
Juara menanti Ligue 1, AS Monaco, mengumumkan pengarah sukan, Antonio Cordon, akan meninggalkan Stade Louis II pada akhir jendela perpindahan ini.

Cordon baru memainkan peranan di Monaco sejak 12 bulan lalu selepas berkhidmat di Villareal dalam saingan LaLiga selama 17 tahun. 

Dia yang pernah dikaitkan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan Chelsea, bagaimanapun memilih ke Monaco dan membantu skuad kendalian Leonardo Jardim itu menjuarai liga dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, musim lalu. 

Sejak kempen musim lalu berakhir, Monaco telah melepaskan Bernardo Silva dan Valere Germain manakala beberapa bintang dalam pembikinan yang lain juga dijangka akan mengikut jejak langkah itu. 

Antaranya, Kylian Mbappe, Tiemoue Bakayoko, Benjamin Mendy, Fabinho dan Djibril Sidibe yang mendapat permintaan tinggi. 

Cordon akan berdepan cabaran untuk mengekalkan aset utama mereka atau menjual mereka dengan harga yang sesuai sambil mendapatkan pengganti -- sebelum dia meninggalkan jawatannya itu. 

Cordon sendiri dikaitkan dengan tugasan di AC Milan dalam Serie A. 

 

Advertisement

Must Watch Video