BOLA SEPAK MSIA
Pengalaman luas Vingada mudah dekati pemain -- Davies
Pemain pertahanan negara yang kini bersama Pahang, Matthew Davies, sama sekali tidak menyesal membuat pilihan menjadi warganegara Malaysia, sebaliknya berbangga dengan apa yang dicapainya setakat ini.
Bekas pemain kelab Australia, Perth Glory, itu nyata teruja dengan perjalanan kariernya sepanjang dua tahun di Malaysia.
Diberi peranan selaku ketua pasukan Tok Gajah serta sering kali dipanggil bersama skuad kebangsaan, Davies menyifatkan ia jauh lebih baik berbanding di Australia.
Iklan
"Saya menikmati setiap saat bersama Pahang dan pasukan kebangsaan.
"Saya sangat gembira dengan perjalanan bola sepak saya.
"Saya langsung tidak menyesal membuat keputusan untuk datang ke Malaysia," katanya.
Mengenai suasana skuad kebangsaan kebangsaan selepas tiga hari di bawah kendalian Nelo Vingada, dia berasa senang dengan cara jurulatih kelahiran Portugal itu mengendalikan pasukan.
Selain sentiasa mendekati hati pemain, Vingada juga cepat memahami budaya negara ini, sekaligus memudahkan kerjasama dengan pemain.
"Kehadiran jurulatih baru memberi suasana berbeza, malah dia berpengalaman luas dan dihormati pemain.
"Corak latihan di bawah kendaliannya adalah berintensiti tinggi tetapi dalam masa yang sama, semua orang seronok mengikuti latihan.
"Pengalamannya sebelum ini membantu pasukan menghadapi latihan pusat dalam bulan puasa," tambahnya.
Must-Watch Video