Ketua jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski, berdepan pengalaman baru apabila buat pertama kalinya memimpin sesebuah pasukan pada bulan Ramadan.
Dengan sebahagian besar pemain sedang menjalani ibadah puasa, bekas jurulatih FC Tokyo itu mengakui perlu menyesuaikan pendekatan latihannya agar lebih seimbang di antara persiapan pasukan dan keperluan pemain.
Menjelang perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Selasa ini, Cklamovski berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Ia (ibadah puasa) sesuatu yang amat-amat saya hormati dan hanya menyesuaikan beberapa perkara dengannya.
"Bersama staf dan pemain, kami melakukan persiapan sebaiknya seperti yang boleh kami lakukan.
"Ini bola sepak antarabangsa dan ia memberikan cabaran yang berbeza dengan situasi yang pelbagai selain banyak momen untuk peningkatan.
"Ini adalah minggu yang saya amat seronok dan saya tahu saya sedang bekerja dengan pemain yang bertenaga dan dapat melihat komitmen di mata mereka sewaktu di atas padang. Ia memberikan saya satu inspirasi," katanya.