Skip to main content

Bola Sepak

Pengadil teruk... saya bercakap untuk kebaikan -- Dollah

dollah-salleh-060717.jpg
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, menyifatkan mutu pengadilan menghancurkan bola sepak Malaysia selepas anak buahnya tewas 2-1 kepada seteru setempat, Felda United, dalam aksi Liga Super di Jengka, malam tadi.

"Saya berasa sakit hati hari ini (malam tadi) kerana berasakan pengadil (Zamzaidi Katimin) betul-betul menghancurkan bola sepak Malaysia.

"Minta maaf, saya terpaksa meluahkan juga kerana tidak boleh tahan lagi tengok dari luar mutu pengadilan yang begitu menghampakan. 

"Saya berasakan seolah-olah perlawanan ini diaturkan," katanya. 

Rasa tidak puas hati Dollah itu susulan keputusan pengadil yang didakwanya berat sebelah membabitkan beberapa insiden. 

"Bukan penalti sahaja, banyak keputusan yang memihak kepada Felda. 

"Mengenai (keputusan menghadiahkan) penalti itu, saya tidak pasti dia (pengadil) tahu undang-undang atau tidak sebenarnya."

Dan bekas pengendali kebangsaan itu ketika ditanya mengenai kenyataannya itu yang mungkin memakan diri, ini reaksinya: "Saya bercakap demi mutu bola sepak Malaysia, bukan untuk menghancurkan. 

"Peminat datang nak melihat (permainan) bola sepak, kalau macam ini keadaannya peminat akan hampa."

 

Advertisement

Must Watch Video