Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic tidak mahu alasan kepenatan menjadi punca anak buahnya gagal mempertahankan kedudukan terbaik dalam Kumpulan B, Piala Malaysia menerusi tujuh terkumpul menjelang aksi menentang PKNS, malam ini.
Enam aksi luar dari Perak secara berturut-turut dalam saingan Liga Malaysia bagi tempoh dua minggu telah menyumbang kepada kepenatan ketara buat The Bos Gaurus.
Durakovic, bagaimanapun, tidak mahu hal itu menjadi punca mereka gagal untuk menyerlah menjelang aksi dengan PKNS di Stadium Shah Alam, malam ini.
"Saya mengakui pemain agak penat ketika ini, namun kami perlu menghadapi perlawanan ini. Bagaimanapun, keadaan pemain kini semakin baik, kami memandang ke hadapan dalam pertemuan dengan PKNS, kerana ia bukan tugas yang mudah buat kami," katanya.
Durakovic masih beruntung walaupun berhadapan jadual saingan yang padat kerana kesebelasan terbaiknya tidak berhadapan dengan sebarang kecederaan yang mengganggu perancangannya menjelang pertemuan dengan PKNS.
"Kami meletakkan tumpuan kepada satu perlawanan demi satu perlawanan, dan kami bermain untuk menang, itu falsafah saya.
"Sasaran kami adalah untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia, sekaligus memberikan kegembiraan buat penyokong-penyokong kami."
Buat ketika ini, Perak memimpin Kumpulan B dengan tujuh mata tanpa sebarang rekod tewas manakala PKNS tercorot dengan hanya mengutip satu mata.