Pierre-Emerick Aubameyang mungkin tidak dapat membuat penampilan pertama dalam Liga Perdana Inggeris awal pagi nanti selepas Arsenal Wenger mendedahkan penyerang baru Arsenal itu sedang bergelut dengan demam.
Aubameyang menyempurnakan perpindahan ke Emirates pada hari terakhir jendela perpindahan dengan rekod bayaran tertinggi kelab £56 juta (RM307 juta) sebagai sebahagian daripada proses yang menyaksikan Borussia Dortmund menandatangani Michy Batshuayi secara pinjaman dari Chelsea dan Olivier Giroud beralih ke Stamford Bridge.
Pemain antarabangsa Gabon itu dalam prestasi baik di Dortmund dengan menjaringkan 13 gol dalam 16 perlawanan Bundesliga.
Bagaimanapun, peminat Arsenal mungkin perlu menunggu untuk melihat aksinya selepas Wenger mengesahkan bahawa dia sedang berhempas-pulas menjelang pertembungan menentang Everton di laman sendiri esok.
"Aubameyang, saya perlu menilai sejauh mana keadaannya secara fizikal hari ini dan sejauh mana dia rasakan," kata Wenger dalam sidang media.
"Dia demam sehingga tidak boleh banyak berlatih -- dia bermula semalam, masih tidak baik sepenuhnya.
"Saya perlu menilai dengan bahagian perubatan bagaimana kecergasannya."
Wenger menjangkakan Henrikh Mkhitaryan dapat memulakan perlawanan buat kali pertama bersama The Gunners selepas tampil sebagai pemain gantian dalam kekalahan 3-1 di Swansea City, Rabu lalu.
Diharapkan kapten Armenia itu dapat bergandingan dengan rakan lamanya di Dortmund, Aubameyang, apabila kedua-dua pemain itu cergas sepenuhnya.
"Mereka pemain yang saling mengenali di antara satu sama lain, mereka mengecap kejayaan bersama sebelum ini," tambah Wenger.
"Saya harap mereka boleh berganding seperti yang mereka lakukan (di Dortmund)."