Skip to main content

Bola Sepak

Penalti Madrid? Saya juga akan hilang kawalan -- Bonucci

buffon-cropedd_16awgttf899ow1vorrlrzc6m7d.jpg
Leonardo Bonucci percaya dia juga mungkin hilang kawalan jika masih bermain untuk Juventus apabila mereka dikenakan sepakan penalti lewat ketika menentang Real Madrid.

Gianluigi Buffon dibuang padang selepas menunjukkan reaksi marah apabila pengadil, Michael Oliver, memberikan sepakan penalti lewat kepada Madrid dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, Khamis lalu.

Juve mendahului 3-0 untuk mengikat kedudukan agregat 3-3 tetapi Cristiano Ronaldo menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-97 bagi menghantar Madrid ke peringkat empat terakhir.

Bonucci, yang meninggalkan Juve untuk ke AC Milan pada hujung musim lalu, berkata dia bersyukur kerana tidak berada ketika penalti -- dipersalahkan di atas kekasaran Medhi Benatia terhadap Lucas Vazquez -- yang dihadiahkan itu. 

"Jika saya fikir 'syukur saya tiada' ketika dia meniupkan wisel penalti? Ya," katanya kepada Premium Sport.

"Saya fikir kerana mungkin saya tidak boleh mengawal perasaan saya."

Bonucci menambah: "Gigi adalah penjaga gol terhebat dalam sejarah bola sepak."

Madrid akan menghadapi Bayern Munich sementara Liverpool bertemu Roma dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.
 

Advertisement

Must Watch Video