Pengurus, Oliver Bierhoff, mengakui Jerman sepatutnya tidak menyenaraikan Mesut Ozil dan tidak membawanya ke Piala Dunia 2018.
Sehari sebelum skuad itu diumumkan, foto Ozil dan rakan sepasukan, Ilkay Gundogan, yang berasal dari keturunan Turki dirakam bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Langkah itu mencetuskan kekalutan di Jerman dengan dua pemain berkenaan diejek peminat Jerman dalam satu siri aksi persahabatan pra-Piala Dunia.
"Kami sepatutnya mempertimbangkan untuk mengetepikannya," kata Bierhoff kepada Die Welt. "Kami tidak pernah memaksa pemain pasukan kebangsaan untuk melakukan sesuatu, sebaliknya selalu cuba meyakinkan mereka.
"Kami gagal melakukannya terhadap Mesut. Oleh itu, kami sepatutnya mempertimbangkan untuk mengetepikannya atas alasan sukan.
"Saya percaya hakikat bahawa Mesut dan Ilkay yang dirakamkan (bersama Endorgan) tidak begitu banyak mengganggu skuad, namun ia mencetuskan perdebatan," ujarnya.
Justeru, pemilihan skuad Jerman turut dikecam susulan kegagalan dramatik mereka di Russia.
Juara bertahan, Jerman, menduduki tangga tercorot kumpulan yang mengandungi Sweden, Mexico dan Korea Selatan -- kali pertama Jerman gagal lolos dari peringkat kumpulan sejak 1938.
Ozil beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Mexico, namun digugurkan dalam kemenangan ke atas Sweden sebelum kembali menyertai kesebelasan utama berdepan Korea Selatan.
Dalam perlawanan terakhir, dia mencipta tujuh peluang dalam permainan terbuka -- melebihi mana-mana pemain lain di Russia -- namun masih belum mampu menghalang kekalahan pasukannya.