Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pemergian Zidane dari Real Madrid pahit untuk ditelan -- Ramos

zidane.jpg
Sergio Ramos mendedahkan keputusan Zinedine Zidane meninggalkan Real Madrid adalah pahit untuk ditelan, namun kapten kelab itu bagaimanapun "bersyukur" kerana pengurus kelahiran Perancis itu memimpin kelab berkenaan meraih tiga gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut.

Zidane meletak jawatan selepas Madrid menewaskan Liverpool di Kiev untuk sekali lagi mempertahankan mahkota UCL dengan Julen Lopetegui disahkan sebagai penggantinya.

Lopetegui kemudian dipecat oleh Sepanyol pada malam sebelum pembukaan Piala Dunia Russia -- Sepanyol terkandas dalam pusingan 16 Piala Dunia kepada Russia menerusi penentuan penalti di bawah jurulatih bidan terjun, Fernando Hierro.

Ketika meluahkannya dalam media sosial selepas kejutan penyingkiran Sepanyol, Ramos menyimpulkan musim 2017-18 Madrid sambil memandang ke hadapan terhadap cabaran baru.

"Hari ini, musim kami berakhir dan sudah tiba masanya untuk melihat semula musim ini secara keseluruhan," tulis Ramos di Instagram.

"Jangan fikir kami tidak membuat analisis serta tidak menyedari kesilapan dan kemampuan kami. Kami berdiri seperti hari ini adalah kerana sokongan daripada anda semua. Kami melakukan semuanya dengan penuh bersemangat dan tanggungjawab.

"Pencapaian Real Madrid di tahap rendah, ia sesuatu yang benar tetapi ia sesuatu yang hebat. Dalam pertandingan domestik, kami tidak berjaya tetapi kami menakluki Eropah dengan memenangi UCL untuk tahun ketiga berturut-turut, ia merupakan pencapaian bersejarah.

"Pemergian Zidane adalah sesuatu yang pahit ditelan tetapi semua orang bebas untuk membuat keputusan sendiri, kami akan berterima kasih kepada jurulatih kami buat selama-lamanya."

Advertisement

Must Watch Video