Skip to main content

Bola Sepak

Pembedahan bahu ketepikan Safee selama tiga bulan

safee-sali-020717.jpg
Ketua pasukan dan penyerang PKNS FC, Safee Sali, bertekad untuk segera pulih daripada kecederaan bahunya dan kembali beraksi pada penghujung musim ini. 

Penyerang kebangsaan itu mengalami kecederaan tulang selangka dalam aksi Liga Super berdepan Melaka United, semalam. 

Ia adalah kecederaan serius pertama Safee sejak mengalami kecederaan lutut pada 2006. 

Berbekalkan pengalaman mengharungi kecederaan sebelum ini, Safee fokus untuk kembali pulih. 

"Saya berharap boleh kembali cergas seperti biasa. 

"Saya perlu mempersiapkan mental untuk menjalani proses pemulihan selepas ini agar saya dapat kembali membantu PKNS mengharungi baki saingan liga," katanya.

Dia selesai menjalani pembedahan bahu hari ini, dan kini perlu berehat selama enam minggu sebelum memulakan proses pemulihan selama dua hingga tiga bulan. 

Skuad Semut Merah terpaksa melupakan kelibat Safee buat sementara waktu, namun penyerang itu berharap pasukannya akan tetap berjaya mengharungi cabaran tanpanya. 

"Kepada rakan sepasukan, teruskan berjuang dan kekalkan momentum serta fokus untuk menghadapi perlawanan yang sukar selepas ini. 

"Dengan kepadatan jadual perlawanan, mental dan fizikal harus bersedia."
 

Advertisement

Must Watch Video