Jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan, menggesa anak buahnya supaya tidak gentar untuk menampilkan keupayaan sebenar biarpun meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Kelantan, malam tadi.
"Saya membuat rombakan dengan memasukkan lima pemain berbeza ketika berdepan Negeri Sembilan dalam aksi sebelum ini.
"Kecergasan pemain tidak ada masalah tetapi apabila mereka mempunyai mentaliti takut membuat kesilapan di atas padang, ia tidak akan mengubah permainan menjadi lebih baik," kata jurulatih The Titans itu.
Dalam aksi Liga Super di Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, tuan rumah turun dengan motivasi untuk membalas dendam tumpas 4-2 kepada Kelantan dalam pusingan pertama lalu.
T-Team bangkit dalam tempoh 10 minit terakhir untuk memadam gol pendahuluan pelawat oleh Mohd Khairul Izuan Rosli menerusi sumbangan Dilshod Sherofetdinov, Muhammad Fauzi Abdul Kadar dan Yannick N'Djeng.
"Kami hadir ke sini dengan 17 pemain dan kami menghadapi banyak masalah sepanjang bulan Ramadan yang lalu.
"Kami tahu kami akan terperangkap dalam situasi ini," kata Pengarah Teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales.