Penyerang skuad bawah 22 tahun negara, Syafiq Ahmad, optimis skuad itu kini semakin serasi dengan formasi 3-4-3 yang diterapkan pengendali, Datuk Ong Kim Swee.
Bagi Syafiq, dia mudah menyesuaikan diri dengan formasi baru itu ekoran akan turun beraksi di bahagian sayap -- posisi sama ketika beraksi bersama Kedah dalam saingan Liga Super.
"Sebenarnya, formasi ini lebih senang kerana bahagian tengah dan penyerang lebih ramai. Secara tidak langsung, kita berada dekat dengan gawang lawan," ujarnya.
Skuad bawah 22 tahun negara mempamerkan aksi konsisten menggunakan formasi 3-4-3 ketika siri aksi persahabatan di China, baru-baru ini.
Meskipun tewas dalam aksi pertama berdepan skuad bawah 22 tahun China, anak buah Kim Swee bangkit mengikat skuad simpanan Guangzhou R&F 2-2 sebelum menamatkan aksi dengan kemenangan 3-0 ke atas skuad simpanan Guangzhou Evergrande.
Gandingan penyerang, Jafri Firdaus Chew, turut meluahkan perasaan puas hati dengan strategi terbaru bekas pengendali Harimau Malaya itu.
"Semua pemain mudah menyesuaikan diri dengan taktikal baru jurulatih. Bagi saya, prestasi kami juga berada di tahap terbaik ketika ini.
"Saya yakin kami boleh buat yang terbaik," katanya.