Bintang Manchester City, Raheem Sterling, yang berasakan pemain-pemain sedang "dibantai", mengharapkan rakan sepasukannya dilindungi dengan lebih baik oleh pengadil.
Peneraju Liga Perdana Inggeris itu mengharungi beberapa perlawanan berbahaya baru-baru ini, termasuk dengan kekasaran Matt Phillips terhadap Brahim Diaz dalam kemenangan 3-0 City ke atas West Brom.
Sterling, yang pasukannya berkunjung Burnley malam ini, berkata pegawai perlawanan perlu bertindak bagi menangani beberapa terjahan.
"Akan ada cabaran tidak tepat dan mungkin bukan semua disengajakan tetapi pada masa sama, jika ia adalah satu terjahan berbahaya, ia terjahan berbahaya," katanya kepada akhbar UK.
"Saya fikir pengadil dan pegawai perlu menghentikannya kerana seperti yang kamu lihat, beberapa pemain dibantai dan ia sedih untuk dilihat.
"Saya rasa kita perlu cuba mengelaknya daripada berlaku dalam perlawanan -- saya beberapa kali berasa agak tidak adil."
Dengan pembukaan Piala Dunia tinggal hanya empat bulan lagi, Sterling berkata ia satu kekecewaan jika pemain terlepas kejohanan itu disebabkan terjahan buruk.
"Saya fikir kita perlu mengurangkannya kerana kita mempunyai Piala Dunia di depan dan majoriti pemain dalam liga utama akan beraksi dalam kejohanan itu," katanya.
"Sedih melihat seseorang terlepas kejohanan itu akibat menerima terjahan buruk."