Tiga pemain utama Liverpool mengakui bahawa mereka tidak terlepas daripada amarah pengurus, Arne Slot, ketika memerlukan kebangkitan untuk menang 3-1 ke atas Southampton, semalam.
Mereka ketinggalan 0-1 sebelum mencetuskan kebangkitan dalam separuh masa kedua menerusi dua jaringan Mohamad Salah dan Darwin Nunez untuk pastikan The Reds memacu puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 16 mata -- sebelum Manchester United bertemu Arsenal.
Salah mengakui amanat keras yang dikeluarkan Slot ketika rehat di bilik persalinan sebelum rakannya, Trent Alexander-Arnold, mendedahkan bahawa dia tidak pernah melihat pengurusnya tersebut hilang sabar sejauh itu.
"Mungkin ia satu kemarahan yang belum pernah kami saksikan, saya rasa yang bagusnya dia tidak terbawa-bawa dan saya rasa dia berhak (berkelakuan sedemikian)," kata pertahanan itu.
"Kami beraksi tidak cukup bagus, kami memang patut ketinggalan tapi turun dalam babak kedua untuk membuktikan sesuatu dan kami tidak berlengah melakukannya.
"Sebagai pasukan dan individu, kami perlu beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan dan ia adalah mustahil.
"Kami perlu teruskan seperti ini tatkala tidak bermain dengan bagus, tidak bangga dengan mutu persembahan sendiri. Apabila kita menyorotnya kembali dan memikirkan dapat memungut tiga mata, ia menjadi perkara paling penting."
Ketua pasukan Liverpool, Virgil van Dijk, juga tidak berselindung bahawa mereka telah ditempelak atas prestasi awal permainan itu.
Menurutnya pula: "Benar (dia amat marah) tapi berpandukan prestasi separuh masa pertama, dia memang patut marah.
"Daripada kaca matanya pasti lebih sukar untuk ditonton. Tapi kami telah mengikut arahannya dalam separuh masa kedua dan kami perlu pandang ke depan.
"Pengurus memang tidak gembira tapi dia berhak rasa begitu.
"Tiada siapa yang gembira dengan aksi babak pertama, namun kami adalah manusia biasa dan tidak berniat untuk memperagakan aksi sebegitu.
"Malangnya kami lakukannya dan kami bangkit. Ini adalah sebahagian daripada bola sepak."

Trent explained the Reds' determination to make amends in the second half of yesterday's 3-1 win over Southampton ??
— Liverpool FC (@LFC) March 9, 2025