LEICESTER CITY 2 BRIGHTON 1
Leicester City tidak sabar untuk memulakan aksi di bawah kendalian Brendan Rodgers ketika mereka menewaskan Brighton and Hove Albion 2-1, kata Harry Maguire.
The Foxes, yang memecat Claude Puel hujung minggu lalu, sah menandatangai Rodgers daripada Celtic sebelum sepak mula perlawanan menentang Brighton dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Bekas pengurus Liverpool itu hanya menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton ketika gol daripada Demarai Gray dan Jamie Vardy memastikan mereka memungut tiga mata dalam aksi di Stadium King Power itu.
Ia merupakan kemenangan pertama Leicester sejak awal tahun ini dan Maguire yakin ia tiba selepas Rodgers mengambil alih pasukan.
"Amat hebat untuk kembali memenangi perlawanan yang amat besar malam ini," katanya kepada BBC Sport.
"Kami perlu turun beraksi dan menikmati perlawanan malam ini, namun apa yang penting adalah pungutan tiga mata.
"Amat baik untuk memperoleh kepimpinan yang mendorong kami untuk memperoleh kemenangan yang lama sudah kami tidak peroleh.
"Kami tidak mengetahuinya (tentang pelantikan Rodgers) hingga beberapa jam sebelum perlawanan.
"Ia waktu yang memberikan keterujaan buat pasukan ini.
"Kami tidak sabar untuk bermula, kami tahu tentang diri dan pencapaiannya.
"Kami tidak sabar untuk beraksi di bawah kendaliannya.
"Celtic merupakan kelab yang besar, jadi ia menunjukkan bertapa besarnya Leicester akan berkembang dan ia merupakan impian kami.
"Ia waktu yang membuatkan kami teruja.
"Kami tahu dia pernah melatih ramai pemain muda dan kami berharap dia mampu menonjolkan mereka di sini.
"Kami semua amat teruja.
"Kami kini mahu melihat ke atas dan tidak lagi ke bawah.
"Persembahan kami tidak terlalu buruk, namun keputusan perlawanan tidak begitu baik," katanya.
Rodgers masuk ke bilik persalinan untuk meraikan kemenangan itu dan menurut pengurus sementara, Mike Stowell, pengendali baru itu gembira dengan apa yang disaksikannya.
"Dia amat gembira, dia memperkatakannya kepada pemain dalam bilik persalinan.
"Dia amat berbangga dengan pasukan ini dan kagum dengan semangat yang kami miliki.
"Dia berjanji untuk membawa sesuatu yang istimewa buat pasukan ini.
"Suasana yang datang membantu kami memenangi perlawanan dan dengan ketibaan pengurus baru, saya yakin dia akan membawa banyak pembaharuan yang baik dalam pasukan ini.
"Ia waktu yang membuatkan kami teruja," katanya.