Pertahanan Jordan, Yazan Al-Arab, bertekad bertahan lebih lama bersama Selangor berbanding pemain import musim lalu yang angkat kaki selepas hanya semusim beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Menjelang 46 hari lagi sepak mula Liga Super musim 2022, pemain yang bakal berusia 26 tahun itu berikrar untuk membuktikan kualitinya, seterusnya mengukuhkan kepercayaan kelab.
"Latar belakang saya dan pemain import Selangor musim lalu berbeza kerana saya sudah biasa dengan liga di rantau Asia.
"Jadi tiada masalah untuk saya membiasakan diri dengan keadaan cuaca, padang dan suasana di Malaysia.
"Saya juga akan membuktikan kemampuan untuk kekal lebih lama di sini selepas menandatangani kontrak setahun bersama pasukan ini," kata pemain kebangsaan Jordan itu yang sebelum ini membantu Al-Wehdat yang sedang menduduki tangga kedua kancah tempatan.
Sementara itu, rakan senegaranya yang bakal memperkasakan bahagian tengah, Baha Abdel-Rahman, 35, memberi jaminan bahawa faktor usia bukan penghalang untuknya memacu kejayaan The Red Giants musim ini.
"Usia hanyalah angka. Kita boleh lihat Dani Alves beraksi bersama Barcelona ketika usianya sudah meningkat.
"Saya percaya mampu memberi prestasi terbaik berdasarkan pengalaman beraksi di beberapa negara dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini," katanya dalam Hari Jersi Selangor 2022 di Kelana Jaya, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, mengakui mereka masih cuba memantapkan pasukan dengan kemasukan muka baru.
"Tinggal seorang lagi pemain import untuk ditandatangi iaitu seorang penyerang.
"Ya, dia seorang pemain dari Brazil dan kini dalam proses akhir untuk muktamadkan kontraknya," katanya.