Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Amirul Hadi Zainal, optimis skuad Harimau Selatan mampu mengekalkan kecemerlangan walaupun kehilangan penyerang prolifik, Juan Martin Lucero, untuk musim ini.
Semalam, Lucero diumumkan tidak lagi bersama JDT selepas semusim berkhidmat dengan kelab gergasi tanah air itu.
Dilapor menerima tawaran RM11.5 juta dari sebuah kelab Mexico, Lucero menjadi pemain import kedua dilepaskan JDT selepas Jorge Pereyra Diaz.
Ketiadaan mereka bakal dirasai JDT memandangkan kedua-duanya muncul dua penjaring terbanyak Liga Super 2016, bagaimanapun, pandangan sebaliknya disuarakan Amirul.
"Sebagai seorang pemain, itu lumrah dalam bola sepak, ada pemain yang datang dan pergi. Cuma, pemain yang kekal ini perlu teruskan bermain dan pemain-pemain yang baru masuk memerlukan sokongan. Ia perlu kerana untuk mewujudkan kerjasama antara pemain."
Amirul berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi perkahwinannya di Subang Jaya, Selangor, hari ini.
Anak kepada bekas pemain Selangor, Zainal Nordin, itu mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan dari Johor, Mimi Sasha Niza Zani.
Majlis pasangan mempelai berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan, antaranya Safee Sali, Izham Tarmizi Roslan dan Shukor Adan serta beberapa bekas pemain kebangsaan.
Saingan Liga Super 2017 bermula pada 20 Januari ini dengan JDT dan Kedah merebut Piala Sumbangsih.
Pemain baru JDT:
-Brian Ferreira (Argentina)
-R. Gopinathan
-Ahmad Hazwan Bakri
-Safawi Rasid
-Nazmi Faiz Mansor
-Syahrul Azwari Ibrahim
-Haziq Nadzli