Barcelona naik ke tangga kedua dalam La Liga selepas pemain sayap remaja mereka Lamine Yamal berjaya jaringkan gol lewat permainan sekaligus memberi mereka kemenangan 1-0 di tempat sendiri menentang Mallorca.
Pelawat kelihatan bersedia untuk mengecewakan Barca, yang mana peluang yang diberikan untuk sepakan penalti disia-siakan oleh Ilkay Gundogan pada minit ke-24.
Yamal, 16, kemudian menerjah palang pada minit ke-73 dengan melakukan percubaan yang baik dari dalam kotak.
Barca kini berada dalam jarak lima mata daripada pendahulu Real Madrid, yang menerima kunjungan Celta Vigo pada hari Ahad.
Mereka mengharungi lapan perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan, satu perlawanan yang meletakkan mereka dua mata di atas Girona sebelum mereka menjadi tuan rumah buat Osasuna pada Sabtu.
Barcamelalui tempoh sukar kerana jurulatihnya Xavi menjalani penggantungan di garisan tepi padang, membuat permulaan yang positif sebelum pemain sayap Raphinha dihalang dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Jose Manuel Copete.
Zaki Zainal
Sat Mar 09 2024