Skip to main content

Bola Sepak

Peluang seimbang dalam Kumpulan A

gabon-1-burkina-faso-1-spot-on-aubameyang-makes-his-point.jpg
GABON 1 BURKINA FASO 1

Sepakan penalti yang disempurnakan Pierre-Emerick Aubameyang memastikan tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Gabon, berkongsi satu mata dengan Burkina Faso apabila seri 1-1, awal pagi tadi. 


Burkina Faso tersentak lebih awal susulan kecederaan yang menimpa Jonathan Pitroipa, sekaligus menambah bilangan dalam senarai kecederaan skuad itu. 

Burkina Faso memecah kebuntuan pada minit ke-23 menerusi pemain gantian, Prejuce Nakoulma, di sebalik Gabon memulakan aksi dengan garang di Libreville. 

Namun, kedudukan itu hanya bertahan 15 minit apabila Aubameyang memastikan stadium bergema dengan menyumbat sepakan penalti selepas dia dijatuhkan penjaga gol lawan, Kouakou Koffi. 

Selepas seri dalam perlawanan terdahulu, nasib kedua-dua pasukan kini akan ditentukan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. 

Dalam satu perlawanan lagi, Cameroon bangkit untuk mengutip kemenangan berharga dengan menumbangkan Guinea-Bissau 2-1. 

Wira Cameroon, Michael Ngadeu-Ngadjui, menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi buat kali kedua dengan mengeluarkan bola dari atas garisan gol selepas Piqueti terlebih dahulu terlebih dahulu meletakkan Guinea-Bissau di hadapan sebelum Sebastien Siani menyamakan kedudukan. 

Ngadeu-Ngadjui kemudian menjadi watak pemusnah apabila jaringan kemenangannya memastikan juara AFCON empat kali itu memimpin Kumpulan A dengan kelebihan dua mata. 



Advertisement

Must Watch Video