Skip to main content

Bola Sepak

Peluang Krychowiak pamer kualiti sebenar buat PSG

opportunity-knocks-for-psg-outcast-krychowiak.jpg

Grzegorz Krychowiak berpeluang untuk membuat penampilan pertama bersama Paris Saint-Germain (PSG) buat tahun 2017 awal pagi esok ketika juara Perancis itu bertemu  Niort bagi saingan Coupe de France.

Pemain tengah Poland itu, yang mengikut jejak langkah jurulatih, Unai Emery, berhijrah dari Sevilla ke PSG tetapi gagal menghasilkan impak di Parc des Princes, tampil sebagai pemain utama pasukan sebanyak 16 kali dalam semua pertandingan.

Dia terlepas aksi berdepan Toulouse pada 19 Februari selepas meminta untuk diketepikan bagi meningkatkan tahap kecergasannya.

Kunjungan ke Stade René Gaillard bertemu Niort dalam aksi kalah mati Coupe de France menjadi peluang buat Emery merehatkan pemain-pemain utama bagi menghadapi aksi timbal balik Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Barcelona.

"Giovani Lo Celso dan Grzegorz Krychowiak akan berpeluang untuk berdepan dengan Niort.

"Kami mahu meneruskan kemaraan kami dalam dalam kejohanan ini.

"Thiago Motta dan Marco Veratti masih lagi mengalami kecederaan, saya mengharapkan pemain-pemain yang akan diturunkan dapat memberikan yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video