Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar, berharap keputusannya melepaskan jawatan bakal membuka ruang yang lebih luas untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melakukan penstrukturan semula ke atas masa depan program tersebut.
Safirul mengambil keputusan meletak jawatan sejurus jurulatih skuad B-16, Lim Teong Kim, dipecat kerana gagal membawa pasukan layak ke Piala Dunia B-17.
Jelasnya, peletakan jawatan itu diharap mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada program NFDP, bergantung kepada perancangan KBS yang ingin penilaian dan penstrukturan semula dilakukan.
Tugas Safirul yang masih berbaki tiga bulan sebelum secara rasmi meninggalkan NFDP adalah bagi memastikan segala laporan penuh program itu diperincikan sepenuhnya kepada KBS.
"Dengan peletakan jawatan ini, ia akan memberi lebih banyak ruang kepada tenaga kerja yang telah KBS aturkan bersama-sama FAM untuk mengkaji cara dan budaya kerja yang baru," katanya.
Berbalik kepada isu peruntukan terlalu besar yang telah digunakan, Safirul menegaskan ia sememangnya selari dengan segala program yang telah dirancang sepanjang tahun walaupun tidak mendapat dana sebanyak RM20 juta yang telah dijanjikan.
"Apabila menghantar jumlah bajet pada setiap hujung tahun, kami cuma akan mendapat maklum balas pada Februari atau Mac dan kadang-kadang pada pertengahan tahun barulah kami tahu berapakah peruntukan yang bakal diterima.
"Jadi, bayangkan kontrak-kontrak jurulatih telah dimeterai sebagaimana yang telah dirancang dan diluluskan tetapi duit itu tidak kami terima," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr. Rahmat Mohamad, dilantik sebagai Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) yang baru menggantikan Datuk Seri Abdul Azim Zabidi.