Pele mengucapkan tahniah kepada Kylian Mbappe setelah bintang Perancis berkenaan mengatasi rekod Piala Dunia berusia 60 tahun.
Mbappe, 19, muncul pemain remaja pertama menjaringkan lebih daripada satu gol dalam kempen Piala Dunia sejak Pele merakamkan dua gol dalam kemenangan final yang menyaksikan Brazil mengatasi Sweden pada 1958.
Biarpun menyinar di peringkat kelab dalam kancah Ligue 1 dan Liga Juara-Juara (UCL) bersama Monaco dan Paris Saint-Germain (PSG), Mbappe membuktikan keupayaannya di peringkat global di Kazan, tengah malam tadi.
Penggempur itu menyumbat dua gol ketika menyingkirkan Argentina 4-3 untuk mengumpul tiga gol dalam saingan Piala Dunia ini sambil Perancis bersedia untuk menangani Uruguay dalam aksi suku akhir, Jumaat ini.
Lantaran itu, Pele pantas menawarkan sokongannya apabila Mbappe mengesahkan statusnya sebagai salah seorang bakat muda paling menarik dengan gaya yang menakjubkan.
"Tahniah, Kylian Mbappe," tulis Pele di Twitter.
"Dua gol dalam Piala Dunia pada usia begitu muda meletakkan anda dalam kelas tersendiri!
"Semoga berjaya dalam perlawanan yang lain, kecuali dengan Brazil!"