Pemain legenda Brazil, Pele, menolak dakwaan kononnya kelibat penyerang Juventus dan Argentina, Paulo Dybala, mirip Diego Maradona.
Nama Dybala meniti di bibir peminat di Eropah sejak menyertai Palermo dari Instituto pada 2012 sebelum berhijrah ke Juventus.
Pemain berusia 23 tahun itu merekodkan 30 gol dalam tempoh dua musim di Turin dan memainkan peranan penting dalam skuad kendalian Massimiliano Allegri itu mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.
Dybala yang beraksi selama 69 minit ketika Argentina menewaskan Brazil 1-0 di Melbourne di bawah kendalian sulung Jorge Sampaoli, semalam, bagaimanapun gagal mengujakan Pele.
Pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali itu memberitahu Tuttosport: "Dia bukanlah bagus seperti yang diperkatakan.
"Mereka mengatakan dia mungkin mewarisi bakat Maradona, cuma persamaan di antara mereka adalah berkaki kidal sahaja."