Skip to main content

Bola Sepak

Pelantikan Hamidin satu langkah tepat, kata bekas pengurus skuad kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kamarul-ariffin.jpg
Kembalinya mantan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, selaku presiden kehormat seolah-olah petanda bahawa angin perubahan bakal berlaku di Kelana Jaya.

Kelibat Hamidin menjadi bukti bahawa sesuatu perlu dibereskan dalam badan induk bola sepak negara itu dan bayangan tersebut disuarakan sendiri oleh bekas pengurus skuad kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin.

"FAM perlu seseorang yang mampu berdamping rapat dan Hamidin adalah individu yang tepat untuk berada di situ," katanya wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Begitupun, itu tidak bermaksud bakal berlaku peralihan kuasa di pucuk pimpinan utama yang kini diterajui Datuk Joehari Ayub yang merupakan presiden ketika ini.

Malah, Kamarul yakin Hamidin cukup arif tentang tugasan terkininya dan tidak sesekali melangkaui keterbatasannya selaku presiden kehormat.

"Layak ke Piala Asia lagi penting daripada persepsi buruk. 




"Itu yang kita mahu dengar daripada perkara-perkara yang merugikan skuad kebangsaan.

"Kita nak layak secara merit. Selepas Piala Asia, kita nak layak ke Piala Dunia 2030 pula. 

"Tidak lama, beberapa tahun sahaja lagi," katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video