Skip to main content

Bola Sepak

Pelan B David Usop mujarab!

davidusop7816.jpg

Pengendali Sarawak, David Usop mempunyai alasan tersendiri untuk tersenyum gembira malam tadi.

Semuanya gara-gara percaturan mujarab "Pelan B"-nya dalam mengekang usaha T-Team meraih mata penuh di laman sendiri.

Katanya, mencuri satu mata dalam perlawanan sulung, apatah lagi beraksi di kubu lawan, bukanlah tugas mudah.

"Tapi pemain-pemain dapat menterjemahkan perancangan dengan baik hingga membolehkan separuh daripada strategi itu membuahkan hasil," katanya lagi.

Sarawak mengikat T-Team 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi setelah ketinggalan pada separuh masa pertama.

Secara keseluruhan, katanya, hamburan pujian perlu diberikan kepada pemain tengah import dari Korea Selatan, Lee Jong-ho, yang menunjukkan kesungguhan yang luar biasa.

"Jong-ho bukan sahaja mampu mengawal permainan, malah melakukan hantaran-hantaran yang mampu mengucar-kacirkan kubu lawan.

"Dia juga mampu melaksanakan tugas bertahan dengan baik sehingga menyukarkan lawan melakukan serangan," jelasnya lagi.

David berharap prestasi cemerlang skuad muda ini akan diteruskan dalam aksi menentang Kedah pada 27 Januari.

"Cuma ketika ini saya masih memantau perkembangan Ronny Harun selepas aksi dengan T-Team.

"Saya berharap dia tidak berhadapan masalah kecergasan dan dapat beraksi dalam pertemuan Jumaat ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video