Skip to main content

Bola Sepak

Pekerman tuntut bakat James dihargai

james-rodriguez-070617.jpg
Jose Pekerman mendakwa bakat James Rodriguez tidak dihargai oleh Real Madrid, namun jurulatih Colombia itu tidak meragui kemampuannya di peringkat kebangsaan.

Perancang tengah itu kerap dipinggirkan di Santiago Bernabeu dan diburukkan lagi apabila gagal mendapat tempat dalam aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara, tempoh hari. 

Lapran mengaitkan pemain berusia 25 tahun itu yang menyertai Madrid dari Monaco pada 2014 akan berhijrah ke Manchester United, namun Pekerman berpendapat James mungkin kurang dihargai di Eropah. 

"Ini bukan kali pertama bakat besar sepertinya akan berasa kecewa kerana corak permainan yang tidak kena," ujar jurulatih itu menjelang aksi ujian Colombia dengan Sepanyol, awal pagi esok. 

"Dalam bola sepak yang penuh dengan tekanan dan harapan tinggi terhadap keputusan, ada kalanya kita memerlukan pemain yang mampu melakukan sesuatu dengan rentak yang berbeza. 

"Secara umumnya, peman Amerika Selatan tidak difahami di Eropah kerana gaya dan kreativitinya memerlukan kestabilan yang ada kalanya dia tidak dapat temui. 

"Dia seorang yang keras kepala dan mahu melakukannya. Kami selalu menuntutnya agar berjuang untuk merebut tempat dan mempamerkan keupayaannya dalam situasi sukar. 

"Pemain berbakat mempunyai karakter untuk beraksi. Mereka tidak suka dipinggirkan. Akan ada akibatnya. 

"Kita semua mahukan pemain yang bagus dan apabila sudah mendapatkannya, ada ketikanya kita meminta dia melakukan sesuatu yang di luar kemampuannya."

Biarpun bergelut di Madrid, Pekerman memuji pengaruh ketua pasukan Colombia itu serta menyokong bahawa dia masih mampu melebarkan bakatnya di kelab lain. 

"Dia gembira bersama pasukan kebangsaan," tambah pengendali berusia 67 tahun itu. "Dia mahu berjaya di sini dan menyempurnakan hajatnya. Saya harap dia akan terus berjuang bersama kelabnya atau jika tidak, kelab lain yang menghargai kebolehannya."

Presiden Madrid, Florentino Perez, menegaskan Zinedine Zidane akan menentukan masa depan James. 


 

Advertisement

Must Watch Video