Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Pedri rehat demi detik mustahak Barcelona November depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pedri.jpg
Pedri diberi cuti tertangguh selepas memperkuatkan Barcelona dalam dua perlawanan pertama LaLiga musim 2021-22.

Pemain tengah Sepanyol itu menerusi media sosial menyiarkan gambarnya berada di dalam pesawat ketika menuju ke kampung halamannya di Tenerife.

Barca berkongsi gambar dengan kapsyen, "memang berhak bercuti".

Pedri tidak akan beraksi ketika Blaugrana menghadapi Getafe pada Ahad ini, sementara masih belum dipastikan apakah dia akan dipanggil oleh Luis Enrique bagi tugasan antarabangsa berikutnya.

Pemain berusia 18 tahun itu dijangka kembali ke pangkuan skuad Catalunya berkenaan untuk pertembungan liga dengan Sevilla pada 12 September depan.

Pedri sempat mewakili Las Palmas selama semusim sebelum diketengahkan dalam skuad kendalian Ronald Koeman itu pada awal kempen 2020-21 dan dia segera menjadi nadi pasukan.
 


Sejak penampilan pertamanya pada September tahun lalu, hanya Bruno Fernandes dan Manu Trigueros (kedua-duanya 56 perlawanan ) terlibat lebih banyak perlawanan berbanding Pedri (54, angka sama dengan Marcus Rashford) dalam carta lima saingan teratas Eropah.

Begitupun, dalam tempoh itu Pedri turut muncul 10 kali bersama pasukan senior Sepanyol termasuk dalam keenam-enam perlawanan ketika mereka melangkah ke separuh akhir Euro 2020.

Malah, dia terbabit dalam enam perlawanan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 ketika membantu negaranya meraih pingat perak.

Selepas memulakan musim 2020-21 di samping pasukan kebangsaan B-21 pada 3 September 2020, Pedri telah terlibat dalam 74 perlawanan dalam masa kurang dari setahun.

Koeman sempat ditanya mengenai ketiadaan Pedri selepas ini sejurus seri 1-1 dengan Athletic Bilbao semalam yang menyaksikannya digantikan selepas 62 minit permainan. 

"Lebih baik memberinya rehat sekarang agar kami tidak mengalami masalah November depan," jelas pengurus itu. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video