Skip to main content

Bola Sepak

PDRM buntu cari stadium tuan rumah

1117mubinmohktar.jpg
Pengurus PDRM, Mubin Mokhtar, berharap Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dapat dijadikan gelanggang tuan rumah buat pasukannya sepanjang musim ini selain Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai pilihan alternatif.

PDRM, yang beraksi di Stadium Hang Jebat, Melaka sebelum ini masih buntu dalam pencarian stadium untuk digunakan pada musim 2017.

Jelas Mubin, pilihan utama buat PDRM ialah di Paroi dan mereka masih menanti maklum balas daripada Majlis Perbandaran Seremban serta Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.

"Sebelum dapat apa-apa keputusan muktamad, kami tunggu sahaja. Sekarang ini banyak stadium tidak dapat digunakan disebabkan persediaan untuk Sukan SEA 2017.

"Ia membuatkan persediaan kami terbantut. Kami berharap dapat menggunakan Stadium Paroi," kata Mubin.

Dalam perkembangan lain, Mubin turut mengesahkan pasukannya membawa masuk dua pemain dari PKNS, Shahurain Abu Samah dan Shakir Ali secara pinjaman.

Kehadiran Shahurain dan Shakir nyata melegakan jurulatih, Fauzi Pilus kerana mereka berdua adalah pemain berpengalaman.

"Kami dimaklumkan pemain ini sudah ada kontrak dengan PKNS. Tidak tahu macam mana, dia tidak dapat didaftarkan. Di atas perkara itu, dia berminat untuk datang ke sini secara pinjaman," kata Mubin.

Sementara itu, Shahurain berkata: "Saya sendiri membuat keputusan untuk dipinjamkan kepada PDRM. Perubahan rakan sepasukan tiada masalah tetapi apabila berada di tempat baru, perlu mencari keserasian."

Advertisement

Must Watch Video