UEL
Payet julang Marseille
MARSEILLE 2 SALZBURG 0
Penyudah berbisa Florian Thauvin dan Clinton N'Jie menjulang Marseille untuk membenam Red Bull Salzburg 2-0 dalam pertembungan separuh akhir pertama Liga Europa, awal pagi tadi.
Anak buah Rudi Garcia itu mendominasi aksi di Stade Velodrome selain dibantu keputusan pengadil, William Collum, dalam dua situasi.
Iklan
Thauvin melengkapkan hantaran silang Dimitri Payet dengan tandukannya yang secara tidak sengaja menuju ke lengannya, namun tanpa video bantuan pengadil (VAR), gol itu disahkan.
Salzburg turut melancarkan rayuan terhadap pengadil selepas Maxime Lopez menjatuhkan Stefan Lainer di dalam kotak penalti, namun tidak diendahkan Collum sebelum Marseille menggandakan kedudukan pada minit ke-63.
Kapten, Payet, sekali lagi menjadi arkitek gol kedua itu. Dia mendapatkan lorongan daripada pemain pengganti, N'Jie, untuk meluru dari sayap kiri sebelum membuat umpanan tepat kepada rakan sepasukannya itu yang menanti di depan pintu gol.
Sungguhpun Marseille bakal membawa bekalan selesa untuk kunjungan ke Austria bagi aksi timbal balik minggu depan dengan percubaan Fredrik Gulbrandsen dinafikan tiang, harus diingat kebangkitan skuad bimbingan Marco Rose itu ketika memadamkan defisit 4-2 untuk menyingkirkan Lazio berkat kemenangan 4 -1 di laman sendiri.
Must-Watch Video