Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pavard puji kemampuan Lloris

hugolloris.jpg
Pertahanan Perancis, Benjamin Pavard, memuji persembahan Hugo Lloris ketika Les Bleus merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Uruguay dalam aksi suku akhir Piala Dunia dengan menegaskan penjaga gol itu mendapat sokongan rakan sepasukannya.

Lloris hadir ke Piala Dunia selepas melakukan kesilapan dalam beberapa aksi persahabatan di samping aksi yang menyerlah bersama Tottenham bagi musim 2017-18.

Di Russia, Lloris berjaya tidak dibolosi dua kali dalam empat perlawanan, termasuk kemenangan Perancis ke atas Uruguay, terutama sekali menafikan tandukkan Martin Caceres.

Pavard menjelaskan kaptennya itu telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin dengan berkata, "Dia seorang penjaga gol yang berkualiti, dia mengharungi karier yang baik.

"Lloris seorang pemimpin, di atas dan di luar padang. Dia telah mempamerkan aksi yang mantap berdepan Uruguay."

Lloris akan bertemu pesaingnya di peringkat kelab, penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois, dalam pertemuan separuh akhir Perancis berdepan Belgium.

Perlawanan tersebut akan menjadi penampilan ke-103 Lloris buat Perancis dan Pavard tidak meragui kebolehannya.

"Kami tidak pernah meragui Lloris.

"Kami sentiasa meletakkan kepercayaan kepadanya. Dia seorang penjaga gol yang berkualiti."

Advertisement

Must Watch Video