Skip to main content

Bola Sepak

Patung Messi di Buenos Aires jadi mangsa vandalisme

statue-of-argentina-and-barcelona-star-messi-cut-in-half.jpg
Patung bintang Barcelona dan ketua pasukan Argentina, Lionel Messi, di Buenos Aires hanya tinggal separuh badan sahaja. 

Arca itu didirikan sebagai sebahagian usaha memujuk Messi supaya kembali memperkuatkan pasukan Argentina setelah mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa susulan dikecewakan dalam perlawanan akhir Copa America Centenario kepada Chile, Jun tahun lalu. 

Penghormatan terhadap Messi yang terletak di ibu negara Argentina itu dirosakkan, namun operasi membaik pulih telah dijalankan. 

"Patung Lionel Messi menjadi mangsa vandalisme yang menyebabkan arca pemain bola sepak itu tanpa separuh atas badannya," menurut kenyataan daripada pemerintah bandar Buenos Aires. 

Patung itu didirikan di Paseo de la Gloria yang terletak berdekatan dengan pantai Rio de la Plata, di mana beberapa atlet Argentina, termasuk Gabriela Sabatini, Manu Ginobili dan Juan Manuel Fangio turut diberi penghormatan.

Advertisement

Must Watch Video