Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Pangkalan latihan JDT jadi pilihan fasa 1 Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-padang-seri-gelam.jpg
Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski, menjelaskan fasa pertama kem latihan pusat negara menjelang kelayakan Piala Asia 2027 akan bermula di pangkalan latihan kelab Harimau Selatan. 

Cklamovski mahu memanfaatkan sepenuhnya kemudahan di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT), Padang Seri Gelam, sambil disertai 28 pemain yang dipanggil untuk fasa pertama yang bermula Isnin depan.

"JDT mempunyai kemudahan terbaik di negara ini. menjunjung kasih atas sokongan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.




"Padang latihan dan kemudahan yang disediakan membuatkan kami merasakan suasana di tahap tinggi. 

"Selepas meluangkan masa yang singkat, kami akan berlatih di Kuala Lumpur pula untuk bertemu Cape Verde dan Vietnam," katanya hari ini. 

Advertisement

Must Watch Video