Skip to main content

Bola Sepak

Pahang gagal ambil kesempatan -- Dollah

dollah-salleh_4.jpg
"Malam ni sepatutnya kami ambil peluang tapi mempersia-siakannya. Mutu perlawanan Pahang malam ini agak mengecewakan," demikikan luahan kecewa ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, apabila memperkatakan mutu persembahan pasukannya setelah diikat PKNP FC 1-1 dalam saingan Piala Malaysia di Ipoh, semalam.

"Saya tidak sangka malam ini lima, enam orang minta keluar. Nampak ketara, terutama di 15 minit terakhir. Susah la," kata Dollah.

Jelas pengendali Pahang itu lagi, pemain telah diingatkan PKNP bukan lawan mudah berdasarkan rekod cemerlang di laman sendiri.

"Hari ini bukan perlawanan mudah untuk kami. Terbuktilah. Kami pula nampak tertekan di minit terakhir untuk bertahan," kata Dollah lagi.

Namun, beliau percaya perjalanan masih jauh lagi dan yakin Pahang akan bangkit semula.

Sementara itu, pemain pertahanan Pahang, Mohd Saifulnizam Miswan, turut kecewa kerana gagal membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh.

"Memang mengecewakan sebab kami mendahului. Kami gagal mengekalkan momentum.

"Ini kali pertama kami bertemu PKNP dan sekarang kami tahu ia satu pasukan yang bagus. Tabik untuk PKNP," katanya.

Untuk perlawanan timbal balik nanti, kami akan lebih bersedia."
 

Advertisement

Must Watch Video