Skip to main content

Bola Sepak

PAFA tagih menteri besar jadi penyelamat bola sepak Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mohd-azhar-jamaluddin.jpg
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, berharap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, dapat menjadi penyelamat kepada identiti bola sepak Perak.

Perjumpaan bersama akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut tentang hala tuju pasukan. 

Selain itu, Azhar turut memberi bayangan isu gaji melibatkan pemain bukan lagi suatu kemelut yang perlu dibimbangkan pemain di bawah PAFA.

Sebelum ini, pengendali bola sepak negari itu mengeluarkan kenyataan untuk mendapatkan kebenaran daripada Liga Bolasepak Amatur (AFL) bagi membolehkan mereka menyertai Liga A1. 





PAFA komited dalam memastikan pasukan dapat dihantar bertanding secepat mungkin bagi mengubati kekecewaan penyokong yang ingin melihat Perak sebagai kuasa besar dalam kancah negara. 

Azhar juga ingin melihat Perak kembali bersaing dalam divisyen utama dan tampil sebagai sebuah kuasa bola sepak yang digeruni dalam tempoh lima tahun.

"Kami akan tetapkan gaji mengikut kategori. 

"Dalam kategori senior A kami sediakan RM5,000 dan pemain senior gred B adalah RM3500-RM3000. 

"Pemain gred A peringkat Sukma (Sukan Malaysia) adalah RM1,700 dan jika ada pemain import, kami letakkan dalam konteks di bawah RM10,000. 

"PAFA bersedia mengambil-alih dan berharap Saarani orang yang akan menyelamatkan bola sepak Negeri Perak, bola sepak merupakan permainan rakyat di Negeri Perak," katanya. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video