Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

PAFA mahu tiup nafas baru bola sepak Perak

kongres-pafa-perak.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Koperasi Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, dipilih sebagai presiden baru Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sempena Kongres Tahunan PAFA Ke-60 di Ipoh, hari ini.

Hasnul Zulkarnain berkata inilah masanya beliau akan cuba membawa nafas baru  dalam pengurusan PAFA dengan merencanakan agenda-agenda terbaik bagi memajukan sukan bola sepak di Perak.

"Kami akan bersidang dalam masa terdekat dan melihat apakah langkah-langkah yang 
perlu diambil, sama ada di peringkat pengurusan atau rombakan pemain. Mereka yang terpilih kali 
ini juga dinilai berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI). 

"Saya juga berharap kita tidak membawa budaya politik di dalam persatuan sukan, berilah 
teguran yang membina dan janganlah rosakkan persatuan semata-mata untuk kepentingan 
peribadi," tambahnya.



Dalam kongress kali ini juga, ahli perniagaan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, dipilih sebagai timbalan presiden dan  jawatan naib presiden pula dimenangi Datuk Mohd Yadzan Mohammad, Abdul Aziz Yeop Jamaludin dan Datuk G. Irunathan. 

Sementara itu, sembilan lagi dipilih sebagai ahli majlis PAFA bagi penggal 2018-2021, iaitu
Mohd Reduan Amir Hamzah, Zainal Anuar Abdul Rashid, Megat Amerudin Megat Danian, 
Joharudin Johar Ali, Mohd Najib Mohd Mokhtar, Mahhade Ramlee, Wan Fadzli Izam Wan 
Zulkifli, Mohd Suder Satimin dan Hairul Anwar Mohamed Noor.

 

Advertisement

Must Watch Video