Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pada akhirnya kita akan lihat siapakah yang terbaik -- Ronaldo ketepikan 'permusuhan' dengan Messi

ronaldo-messi.jpg
Perpindahan mega Cristiano Ronaldo ke Juventus belum cukup untuknya mengelak dikaitkan dengan Lionel Messi pada hari pertama bersama majikan barunya.

Ronaldo menerima sambutan hangat penyokong Juve semalam sebelum menyempurnakan ujian kesihatan, seterusnya menghadiri sidang berita.

Pemain berusia 33 tahun itu terikat lima gelaran Ballon d'Or di samping bintang Barcelona, Messi, sering menjadi subjek perbandingan dalam pertembungan El Clasico.

Ditanya mengenai bagaimana dia mahu dibandingkan dengan penggempur hebat Serie A seperti Edin Dzeko, Ronaldo mengakui dia tidak dapat mengelak terus dikaitkan dengan Messi meskipun telah meninggalkan Real Madrid.

"Saya tidak nampak pemain sebagai pesaing, hidup saya bukan seperti itu," katanya.

"Sudah tentu, kami mahu menang. Kami akan cuba memenangi semua perlawanan, itulah cabaran terbesar -- demi menjadi yang terbaik dan bermain sebaik mungkin.

"Semua orang bercakap tentang persaingan saya dengan Messi, bagaimanapun sudah tentu kami bermain dengan cara tersendiri. Semua pemain berjuang untuk kelab mereka sendiri dan saya akan melakukan perkara yang sama.

"Pada akhir cerita, kita akan melihat siapa yang terbaik."

Messi dan Ronaldo terkandas dalam pusingan 16 Piala Dunia Russia susulan kekalahan Argentina dan Portugal kepada Perancis dan Uruguay.

Bagaimanapun, pemenang Euro 2016 itu menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk mengetepikan Fernando Santos dan rakan-rakan senegaranya. 

"Sudah tentu saya akan bekerja untuk negara saya bersama negara saya," ujarnya. 

"Saya tidak pernah berpaling daripada mereka, selagi saya dapat beraksi dengan mereka, tentu saja (saya akan teruskan)."

Advertisement

Must Watch Video