ARSENAL 5 PARIS SAINT-GERMAIN 1
Mesut Ozil menjaringkan gol ketika membantu Arsenal membenam Paris Saint-Germain (PSG) 5-1 dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa di Singapura, malam ini, sambil Alexandre Lacazette turut meletakkan nama dalam senarai penjaring menerusi dua gol.
Ozil, yang diberikan lilitan ketua pasukan, menghadapi tempoh beberapa bulan yang sukar sehingga membuatkannya bersara daripada arena antarabangsa minggu lalu susulan layanan buruk yang diterima daripada Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB).
Insiden itu tercetus ekoran pertemuannya dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, sebelum Piala Dunia sehingga mencipta kontroversi. Namun, dia kembali menyarung jersi Arsenal dengan penuh bergaya walaupun dikejutkan dengan penyingkiran di peringkat kumpulan ketika di Russia.
Arsenal tampak mendominasi babak pertama tatkala Ozil membuka tirai jaringan menerusi gerakan menarik pada minit ke-13.
Skuad The Gunners kendalian Unai Emery itu memperoleh deretan peluang menerusi Alex Iwobi dan Henrikh Mkhirtaryan tetapi disia-siakan, namun PSG akhirnya menghukum kesilapan Arsenal itu.
Timothy Weah mencuri perhatian apabila meraih sepakan penalti setelah dijatuhkan Sead Kolosinac dan Christopher Nkunku mudah menyempurnakannya pada minit ke-60.
Bagaimanapun, Arsenal meneruskan kemaraan sehingga ke penghujung perlawanan apabila Lacazette yang masuk menggantikan Iwobi selepas rehat, menjaringkan dua gol pantas dari jarak dekat sebelum Rob Holding dan Eddie Nketiah melengkapkan kemenangan bergaya.
Walaupun PSG dibarisi ramai pemain muda, mereka tampak menikmati permulaan yang baik dan hampir mengejutkan lawan menerusi asakan awal apabila Azzeddine Toufiqui melepaskan rembatan lencong kaki kiri dari jarak 20 ela sebagai menyudahkan larian menarik oleh Adrien Rabiot.
Arsenal kemudian bangkit dan menghukum benteng PSG yang kurang pengalaman setelah Pierre-Emerick Aubameyang melakukan hantaran ke sebelah kanan kawasan lawan dan membuka ruang buat Ozil untuk mudah mengatasi Gianluigi Buffon.
Jaringan itu melebarkan penguasaan bola Arsenal dan mereka hampir menambah jaringan pada minit ke-23 tetapi usaha Iwobi digagalkan oleh Buffon dalam situasi satu lawan satu.
Buffon sekali lagi mempamerkan ketangkasan sebelum rehat, menafikan percubaan Mkhitaryan yang sepatutnya menyempurnakan peluang terhidang.
PSG bangkit selepas rehat dan meraih gol penyamaan yang dicari-cari selepas sejam perlawanan apabila Nkunku tenang menyempurnakan tendangan penalti susulan kesilapan Kolosinac menjatuhkan Weah.
Bagaimanapun, kedudukan tidak terikat lama apabila Emile Smith Rowe -- penjaring gol hebat ketika bertemu Atletico Madrid -- melakukan hantaran lintang cantik dari sebelah kanan untuk Lacazette tenang menyudahkannya.
Lacazette sekali lagi menunjukkan ketajaman di depan gol ketika aksi berbaki 19 minit, meledakkan jaringan dari tengah kotak penalti selepas mengawal bola dengan baik.
Holding mencuri tumpuan pada minit ke-87, menyambut bola sepakan sudut dari jarak 16 ela untuk menanduk masuk tepat ke penjuru kiri gol sebelum Nketiah melengkapkan kemenangan menerusi gol dalam waktu kecederaan.