Skip to main content

Bola Sepak

Ozil berminat sertai semula Schalke

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ozil-060617.jpg
Perancang Arsenal, Mesut Ozil, tidak menolak untuk menyertai semula Schalke pada masa akan datang. 

Ozil menyertai akademi Schalke pada 2005, namun memilih menyertai Werder Bremen pada 2008 sebelum bergabung dengan Real Madrid, kemudian ke Arsenal.

Sekalipun spekulasi mengaitkannya dengan perpindahan kerana sering dikritik di England, pemain Jerman itu dijangka memperbaharui kontraknya bersama skuad kendalian Arsene Wenger itu. 

Namun, bercakap mengenai kemungkinan kembali ke Gelsenkirchen, Ozil berkata kepada Funke Media Group: "Buat masa ini, saya tidak memikirkannya. Tetapi, dalam bola sepak semuanya boleh berlaku. 

"Keluarga saya pasti gembira mengenainya. 

"Schalke adalah kelab yang paling saya gemari. Saya masih merupakan penyokong tegar mereka. Saya membesar dengan Schalke. 

"Dari segi potensi, Schalke adalah kelab hebat ketiga di Jerman selepas Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

"Mereka mempunyai penyokong dan stadium yang hebat. Malangnya, mereka tidak bernasib baik. Mereka berhak meraih pencapaian lebih baik."

Advertisement

Must Watch Video